Akuaponik Malaysia bermula daripada sekadar hobi untuk mengisi masa lapang dan akhirnya bertukar menjadi minat yang mendalam. Jika dipersoalkan dari segi kos, beli dipasar atau menanam sendiri lebih baik, sudah tentu beli dipasar adalah pilihan yang bijak.
Tapi itu bukan persoalannya bagi mereka yang minat bercucuk tanam apatah lagi secara Akuaponik atau Hidroponik kerana wujudnya kesedaran tentang Residu Racun Perosak pada tanaman dan sayuran dipasaran sekarang. Akuaponik dan Hidroponik juga boleh menjadi sumber pendapatan bagi yang bersungguh-sungguh dan tidak jemu mencuba untuk mencari teknik-teknik tanaman yang sesuai dan ekonomik.
Kami di Akuaponik Malaysia akan sentiasa berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar secara melalui artikel di website dan video di Youtube. Kunjungi Channel Youtube kami di : https://www.youtube.com/akuaponik-malaysia dan Subscribe untuk notifikasi video terkini.