Tenaga Solar adalah tenaga yang dihasilkan melalui proses penukaran tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Penukaran ini dilakukan dengan menggunakan Solar Panel yang mengandungi Sel Photovotaic. Sel Photovoltaic terdiri daripada kepingan Semikonduktor yang diperbuat daripada Silikon. Cahaya matahari akan menggerakkan atom-atom dan zarah-zarah di dalam Sel Photovoltaic dan menghasilkan tenaga elektrik.
Jenis-jenis Solar Panel
Terdapat 2 jenis Solar Panel yang biasa digunakan iaitu Monocrystalline dan Polycrystalline. Ini adalah merujuk kepada bahan Sel Photovoltaic yang digunakan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan bergantung kepada lokasi dan pancaran matahari.
Monocrystalline
Solar Panel jenis Monocrystalline semakin mendapat perhatian di Malaysia kerana sifatnya yang sesuai dengan iklim di Malaysia. Ini keran sifatnya yang masih mampu menjana tenaga dalam keadaan yang agak mendung dan menerima pancaran matahari yang sedikit. Tapi jika dibandingkan pula jumlah kuasa yang dijana oleh Panel Monocrystalline dan Polycrystalline, Polycrystalline mampu menjana kuasa yang lebih. Tetapi apa pula kelemahan Panel Polycrystalline?