Sistem Akuaponik Media Bed adalah salah satu teknik atau kaedah Akuaponik yang agak popular. Ia adalah sistem asas yang perlu difahami sebelum kita mencuba atau mereka bentuk sistem baru. Idea dan rekabentuk Sistem Akuaponik adalah tidak terhad kepada satu kaedah sahaja. Tetapi konsep asas perlulah dikuasai terlebih dahulu.