Akuaponik adalah gabungan Akuakulutur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air). Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.
Masalah dalam Ternakan Akuakultur :
- Tahap amonia dalam kolam perlu dipantau.
- Tahap amonia yang tinggi menyebabkan ternakan akan mati.
- Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
- Memerlukan sistem penapisan air yang khusus untuk mengasingkan ‘solid waste’didalam kolam atau tangki
Masalah dalam Pertanian Secara Hidroponik :
- Memerlukan nutrien tambahan (AB Mix).
- Tahap kandungan nutrien perlu dipantau (nilali ppm).
- Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
- Terhad kepada tanaman tertentu sahaja.
- Nilai pH air mesti sesuai dengan jenis tanaman untuk menbantu proses serapan nutrien.