PENGENALAN
Bayam Brazil merupakan salah satu tanaman yang mudah ditanam. Kadar pertumbuhan juga cepat walaupun ditanam dengan kaedah biasa di atas tanah. Apatah lagi ditanam dalam Sistem Akuaponik yang kebiasaanya mempercepatkan kadar pertumbuhan. Selepas 2 hari ditanam pun kita boleh nampak akar sudah mula tumbuh.
- NAMA BOTANI: Alternanthera Sissoo.
- NAMA BIASA: Bayam Brazil, Poor Man’s Spinach, Samba Lettuce, Sissoo Spinach.
- FAMILI: Amaranthaceae
- ASAL: Brazil