Kali ini saya akan kongsikan cara untuk menanam halia dalam sistem Akuaponik. Cara yang sama juga boleh kita guna untuk kaedah tanaman dalam planter box, poly bag atau tanam terus atas tanah.
Kebiasaanya jika kita tanam dalam planter box atau atas tanah, tanaman ni akan ambik masa 6-7 bulan sebelum boleh dituai. Tapi jika kita tanam dalam Sistem Akuaponik, selepas 4-5 bulan kita boleh nampak hasil.
Untuk dapatkan benih halia ini sangat mudah. Kita boleh beli saja halia yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya. Harga pun murah. Kita pilih halia-halia yang dah ada keluar tunas dan biasanya halia yang dah keluar tunas ni kita nampak kering sikit halia tu.
Daripada seketul halia yang besar. Kita akan potong kepada beberapa bahagian yg lebih kecil. Tetapi kita kena pastikan setiap bahagian yang kita potong tadi mesti ada sekurang-kurangnya 1 tunas yang dah keluar. Dengan cara ni, kebarangkalian untuk tumbuh tu lebih tinggi.
Setelah selesai dipotong, kita boleh terus menanam benih halia ini.
Sekian, selamat mencuba.