Jade Perch atau juga dikenali sebagai Puyu Kukum merupakan salah satu ternakan yang sesuai digabungkan dalam Sistem Akuaponik. Ikan air tawar ini berasal dari Australia, disamping rasanya yang sedap, ia memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Rasanya yang sedap membuatkan permintaanya juga tinggi dan harga Jade Perch mencecah RM40.00 sekilo.

Harga bagi hidangan Jade Perch yang siap dimasak di restoran adalah di antara RM70.00 hingga RM150.00 bergantung kepada jenis masakan. Tempoh matang bagi Jade Perch juga hampir sama dengan Talapia yang sering diternak dalam Sistem Akuaponik.
Jade Perch atau juga dikenali sebagai Puyu Kukum merupakan salah satu ternakan yang sesuai digabungkan dalam Sistem Akuaponik. Ikan air tawar ini berasal dari Australia, disamping rasanya yang sedap, ia memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Rasanya yang sedap membuatkan permintaanya juga tinggi dan harga Jade Perch mencecah RM40.00 sekilo. Harga bagi hidangan Jade Perch yang siap dimasak di restoran adalah di antara RM70.00 hingga RM150.00 bergantung kepada jenis masakan. Tempoh matang bagi Jade Perch juga hampir sama dengan Talapia yang sering diternak
dalam Sistem Akuaponik.
Harga benih Jade Perch buat masa ini agak tinggi, iaitu dalam lingkungan RM2.00 hingga RM3.50 seekor. Tetapi jika dilihat pada harga pasaran Jade Perch, ianya agak berbaloi dan sesuai dikomersialkan dengan cara ternakan di dalam Sistem Akuaponik. Bagi anda yang telah lama berkecimpung dalam Akuaponik dan ingin menukar selera, Jade Perch mungkin akan berjaya menambat hati anda.
Ternakan Jade Perch dalam Akuaponik memerlukan pam oksigen tambahan kerana ia memerlukan kandungan oksigen yang tinggi. Jade Perch tidak mampu bertahan jika terputus bekalan oksigen dalam kolam ternakan Akuaponik. Ada yang mengatakan, ia hanya dapat bertahan dalam tempoh 10-30 minit jika terputus bekalan. Tetapi Jade Perch mampu bertahan dalam air yang agak keruh asalkan cukup kandungan oksigenya. Sebenarnya kandungan oksigen yang tinngi juga dapat membantu pembesaran apa juga jenis ternakan.
Peralatan Tambahan Untuk Ternakan Jade Perch.
Memandangkan Jade Perch agak sensitif dengan keperluan oksigen tambahan, penggunaan Uninterruptible Power Supply (UPS) boleh mengurangkan risiko kematian terutama jika kawasan ternakan tersebut sering mengalami gangguan bekalan elektrik. UPS tidak perlu terlalu besar, hanya sekadar cukup untuk menampung bekalan kuasa untuk pam oksigen sahaja. UPS dengan kuasa maksimum 300 Watt sudah mencukupi. Tetapi ika gangguan bekalan elektrik berlaku dalam tempoh yang lama, UPS yang mempunyai kapasiti bateri yang tinggi perlu digunakan.
Makanan Ternakan Jade Perch
Jade Perch adalah bersifat Omnivor. Selain pelet sebagai makanan ternakan, Jade perch juga gemar memakan sayuran berdaun dan buah, serangga dan anak udang. Buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan makanan tambahan kepada Jade Perch adalah:
- Lobak Merah.
- Ubi kentang.
- Mulberry.
- Daun Kelor (Moringa).
- Kangkong.
- Pisang masak.
- Tembikai Susu.
- Labu.