Lobster Air Tawar (LAT) mula dibawa masuk ke Malaysia dari Australia sebagai ternakan hiasan. Kini Lobster Air Tawar tidak lagi sekadar ternakan hiasan tetapi telah menjadi makanan eksklusif dan harga pasaran diantara RM60.00 – RM85.00 sekilo.
Spesis Lobster Air Tawar yang biasa ditemui di Malaysia adalah jenis Cherax Quadricarinatus dan rasanya dikatakan lenih sedap berbanding Lobster Air Masin dan semakin digemari kerana kandungan kolestrol yang rendah.